Sunday, 28 April 2013

Jenis-jenis Grafik

Jenis Grafik terbahagi kepada dua:
  • Imej Raster atau grafik Bitmap
  • Imej Vektor atau grafik Metafile.  


Imej Raster dan Grafik Bitmap

Imej yang biasa disimpan secara komprehensif di dalam komputer adalah berbentuk imej raster atau bitmap. Ia digunakan sebagai medan pertukaran imej yang dirujuk untuk menghasilkan imej 2 dimensi di dalam paparan komputer.

Bergantung kepada perkakasan dan keupayaan, ia dapat memaparkan daripada 2 kepada lebih jutaan warna. Imej dapat dihasilkan dengan keadaan yang sebenar iaitu gambar asli.

Imej grafik bitmap terbentuk daripada satu kumpulan piksel-piksel.

Setiap piksel mempunyai satu set bit-bit yang menyatakan warna dan keamatannya (intensity)

Fail imej bitmap mempunyai saiz yang besar. Dua faktor yang memberi kesan kepada saiz sesebuah imej ialah :

1. Resolusi (Resolution)
Bilangan piksel yang terdapat pada imej
Fail imej bitmap sangat bergantung kepada resolusi. Setiap kali fail imej dicipta, resolusi imej perlu dinyatakan.
Resolusi imej yang tinggi akan menghasilkan imej yang lebih tajam dan licin, berbanding dengan resolusi imej yang rendah.
Semakin tinggi resolusi imej tersebut, semakin besar saiz failnya.

2. Kedalaman (depth)
Merujuk kepada penyataan warna dan keterangan (brightness) bagi setiap piksel individu. Setiap piksel mengandungi 2 atau lebih warna. Kedalaman warna dapat digambarkan melalui berapa banyak data dalam bits yang menghasilkan warna.

Contohnya:
  • 1 bit  menghasilkan 2 warna. (hitam atau putih)
  • 2 bit  menghasilkan 4 warna
  • 4 bit  menghasilkan 16 warna
  • 8 bit (1 byte) menghasilkan 256 warna
  • 16 bit (2 byte) menghasilkan 65,536 warna
  • 24 bit (3 byte) menghasilkan 16,777,216 warna


Semakin besar kedalaman setiap piksel, akan menghasilkan saiz fail imej bertambah besar.



Terdapat 3 kaedah bagi menghasilkan imej jenis bitmap:
  1.  Dihasilkan dari awal dengan menggunakan Program Lukisan berasaskan komputer(Paint Program).
  2.  Menggunakan Screen Capture
  3.  Scanner, kamera digital atau video capture

Perisian pengedit bitmap (bitmap editor) sering dipanggil Aturcara mengecat (paint program). Antara perisian grafik yang popular digunakan bagi mengubah atau meminda imej jenis bitmap ialah Adobe Photoshop, Macromedia X-Res, Corel Draw, Corel Photo-Paint, Fractal Design Painter dan aturcara Paint.

contoh imej Raster


No comments:

Post a Comment