1. Grafik rekabentuk (graphics design)
2.Grafik ilustrasi (graphics ilustration)
3.Grafik pengiklanan.(graphics advertising)
A) Grafik rekabentuk
- Grafik rekabentuk ialah proses kreativiti yang menggunakan lukisan dan teknologi untuk menyampaikan idea-idea.
- Tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej, dan kini merupakan satucabaran kepada perekabentuk grafik kerana mereka perlu memindahkan hasil kerja ke dalam rekabentuk komunikasi maya untuk menyampaikan mesej dan sekaligus untuk meyakinkan pengguna.
- Perekabentuk grafik yang mahir adalah mereka yang menggabungkan penilaian astetik, pengeluaran teknologi dan kemahiran pengurusan projek untuk membangunkanstrategi komunikasi yang berkesan
B) Grafik ilustrasi
- Grafik ilustrasi ialah teknik penghasilan grafik bagi menghasilkan rupa paras objek atau lukisan berbantukan teknologi komputer seperti menggunakan Adobe Photoshop, Paint Shop, Freehand atau Illustrator.
- Ilustrasi yang berkesan adalah dapat mencapai tujuan pengiklanan dengan lebih efektif dalam masa yang singkat.
- Ilustrasi yang efektif juga dapat menjelaskan gambaran isi kandunganyang panjang justeru dapat menjimatkan masa dan tenaga
C) Grafik pengiklanan
- Pengiklanan meliputi segala bentuk mesej mengenai barangan dan perkhidmatan yang lahir daripada punca-punca yang berlainan.
- Kebanyakan pengiklanan disalurkan melalui saluran media seperti, televisyen, laman web, poster, majalah, papan bulletin dan pelbagai media lagi.
- Pengiklanan merupakan seni yang kompleks kerana melibatkan bidang sains dan teknologi, ilmu perniagaan, pengetahuan sosial dan budaya dan kemahiran dalam bidang seni reka.
- Grafik pengiklanan adalah kombinasi teks, warna, audio, video, sudut,garisan dan tekstur.
- Tujuan pengiklanan adalah untuk mencari peminat sesuatu produk atau perkhidmatan.
- Untuk menarik minat seseorang itu, iklan perlu bersifat cantik supaya iamempunyai daya tarikan.
- Selain daripada itu, sifat iklan untuk menyampaikan maklumat tidak boleh diketepikan
No comments:
Post a Comment